Assalammualaikum
Segala puji
bagi Allah tuhan sekelian Alam,selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.
Setelah
menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang mencabar
sepanjang sesi yang lalu, kita telah menyaksikan adanya
anggota jamaah yang gugur di pertengahan kerana tidak tahan
dengan ujian yang dihadapi, marilah kita jadikan segala ujian,
samada ujian dalaman atau luaran sebagai satu pengajaran untuk
segala tindakan yang akan kita lakukan agar tidak merugikan
parti dan jamaah.Kita perlu tabah dan sabar dalam menghadapi
pelbagai dugaan .
Ujian dalaman
adalah lebih berat untuk kita hadapi berbanding ujian
berhadapan dengan musuh – musuh Islam. Ia adalah merupakan
satu proses untuk mematangkan kita di dalam berorganisasi dan
melakukan kerja dakwah.
Dan
sesungguhnya pengorbanan generasi sebelum kita amat banyak
sehingga kita generasi ini terus dapat mengecapi keselesaan,
maka amat wajarlah kita menghargai pengorbanan mereka dengan
kita pastikan gerakkerja kita berkualiti, mantap dan
berketreampilan. Akan kita pasti dan buktikan pengorbanan
mereka tidak akan disia – siakan pastinya akan kita lakukan
yang terbaik di zaman kita sepertimana mereka lakukan yang
terbaik di zaman mereka.
Apabila kita
berhadapan dengan tugas besar ini maka wajarlah kita
meningkatkan kekuatan jamaah ini dengan mengumpul dan
memproses segala sumber bermanafaat bagi meningkatkan kualiti
pengurusan secara total dan membaiki strategi dan plan
tindakan supaya dapat memberi pulangan paling bermakna kepada
matlamat perjuangan Islam kepada generasi yang mendatang.
Oleh itu ,
saya menyeru kepada pemuda – pemuda Kubang Pasu , bangun !
bangunlah dari i buaian mimpi !, marilah bersama – sama
DPPKP dalam melaksanakan tangunggunjawab dalam memperjuangan
Islam.