tag. -->



 

 
   
 
 

AMANAT KETUA DEWAN MUSLIMAT 

PAS KAWASAN KUBANG PASU

(DR ROHANI HJ MUTALIB )

 

“Islah Nafsak Wad’u Ghairak”

Assalammualikum

Menemui muslimin muslimat yang dikasihi kerana Allah. Puji – pujian hanya kepada ALLAH yang sangat mengasihi hamba – hambanya yang sungguh lemah dan kerdil ini dengan mengurniakan kepada kita bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan untuk memberi peluang kepada kita mendapat gandaan pahala dan juga ampunan NYA.

Tanggungjawab mengajak manusia supaya memahami perintah Allah Rabul a’lamin dan meninggalkan laranganNYa merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang yang beriman sebagai mewarisi kerja – kerja Rasullah. Janganlah tunggu diri kita betul – betul mantap , baru nak berdakwah. Ungkapan "Islah Nafsak Wad’u Ghairak" yang bermaksud ‘perbaikilah dirimu pada masa yang sama, ajaklah manusia ke jalan Allah’ menjelaskan bahwa memperbaiki/menyislahkan diri kita pada masa yang sama mengajak manusia supaya menghayati Islam yang sebenar perlu di lakukan berterusan dan setiap masa tanpa rehat sehinggalah kita bertemu Allah SWT.

Biar apa pun kerja kita dakwah merupakan ‘core bisness’ orang – orang yang beriman.

 Disini saya ingin menyeru setiap ahli muslimin dan muslimat supaya menghadirkan diri dalam usrah – usrah mingguan ditempat masing – masing dan rajin – rajin ke majlis – majlis ilmu di surau – surau, masjid – masjid untuk meningkatkan kemampuan diri kita supaya sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggungjawab jihad di Jalan Allah.

Dewan muslimat juga ingin menjemput seluruh warga Muslimat di Kubang Pasu ke Majlis Perayaan Hari Kemerdekaan untuk kanak kanak, remaja dan orang dewasa pada 31hb Ogos ini di Markas Tok Kesop. Bermacam – macam pertandingan dan sukaneka akan diadakan !.

Ramadhan yang sedang menggamit kita, Banyakkanlah berdoa agar kita dapat sampai ke bulan yang penuh berkat itu, Insya Allah. Berlumba – lumbalah beribadat pada bulan Rejab, Shaaban Dan Ramadhan

Wassalam.