Make your own free website on Tripod.com

Jemputan Ke Kelantan Penuhi Impiah Saya.

Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 24, berkata, langkah kerajaan negeri Kelantan menjemput beliau mengadakan persembahan sekali gus memenuhi impiannya untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, beliau berhasrat untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu sejak menuntut di tingkatan lima lagi kerana menganggap Mursyidul Am Pas itu sebagai tokoh agama dan ulama di negara ini yang boleh dijadikan mentor.

``Dah lama saya hendak ke Kelantan sejak dari tingkatan lima kerana saya hormat Tok Guru (Nik Aziz) sebagai ulama yang saya kagumi dan ilmu-ilmu dia tu yang kita nak kena belajar,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di sini sempena kehadirannya di Kelantan untuk menjayakan Konsert Amal Tautan Kasih di Padang Perdana malam ini dan Pelancaran Kota Bharu Bandaraya Islam di Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam esok.

Sidang akhbar ini mencatat sejarah kerana ia merupakan kali pertama pemimpin Pas berbuat demikian bersama artis khususnya artis pop selepas memerintah negeri ini sejak 15 tahun lalu.

Lebih 30 orang wartawan termasuk rombongan wartawan hiburan dari Kuala Lumpur telah diundang oleh kerajaan negeri untuk menyaksikan konsert tersebut yang akan turut diserikan dengan persembahan M. Nasir, Rabbani, Mestika, bekas penyanyi rock D'Riyadh - Akhil Hayy dan Halim Yazid.

Jemputan ke Kelantan penuhi impian saya bertemu Nik Aziz'

KOTA BHARU 30 Sept. - Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 24, berkata, langkah kerajaan negeri Kelantan menjemput beliau mengadakan persembahan sekali gus memenuhi impiannya untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.