Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu telah
berjaya menerbitkan buletin kawasan yang diberi nama
“Barakah” mula diterbitkan bermula bulan julai lepas akan
diedarkan diseluruh cawangan di dalam kawasan Kubang Pasu.
Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ustaz Mohamad Yusuf
Ahmad amat berharap buletin “Barakah” ini dapat
dimanfaatkan semaksimanya dalam memainkan peranan menyebarkan
informasi dan dan pengumuman aktiviti PAS Kubang pasu kepada
seluruh ahli didalam kawasan Kubang Pasu.
Untuk itu pihak pengarang buletin yang diketuai oleh
Saudara Zabidi Morad merangkap Ketua Penerangan Pemuda PAS
Kubang Pasu mengalu – alukan sumbangan berbentuk artikel,
iklan dan pendapat untuk dimuatkan didalam buletin tersebut.
Siapa yang berminat bolehlah menghubungi kami melalui email :
penerangan@hotmail.com atau di alamat :
Sidang Pengarang “Barakah”
Markas Tarbiyyah PAS Kubang Pasu,
Padang Tok Kesop, Jitra Kedah.
Selain itu juga ,Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu
memerlukan sumbangan kewangan untuk menjalankan program yang
telah dirancang. Sumbangan anda boleh lah dimasukkan ke dalam Bank Islam , Cawangan Jitra No Akaun :2039010021258 diatas nama “Dewan Pemuda PAS Kubang
PASU.