tag. -->



 

 
   
 
 

BERITA BERITA RINGKAS PAS KUBANG PASU

PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN : Pusat Sumber atau Pepustakaan Markas PAS Tok Kesop telah pun diwujudkan oleh Lajnah Penerangan Pemuda PAS Kubang Pasu dan telah menyediakan bahan - bahan bacaan berbentuk politik, umum, agama dan sebagainya. Pepustakan ini bertempat di tingkat satu di markas PAS To Kesop akan dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan September. Penerangan Pemuda PAS Kubang Pasu amat mengalu - alukan sumbangan orang ramai berbentuk bahan bacaan bagi memperbanyakan buku di perpustakan tersebut.

 

KRUSUS KOMPUTER: Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu akan mengadakan Krusus Intensif Pemasangan Dan Penyelengaraan Komputer . Krusus ini bertujuan untuk mendedahkan serta mendekati ahli - ahli PAS dengan it. Krusus ini akan diadakan di Markas Tok Kesop sebulan dua kali, jika berminat boleh hubungi Ketua Lajnah It Dewan Pemuda : 019 5265438.

 

KEMASKINI CAWANGAN: PAS Kawasan Kubang Pasu sedang dalam proses mengemaskini cawangan - cawangannya. Ini bertujuan bagi mengenal pasti ahli - ahli PAS . Encik Hj Mohd Zuki Abu, Setiausaha PAS Kubang Pasu berharap agar cawangan - cawangan yang belum menghantar laporan supaya dapat menghantar laporan dengan segera.

 

PASTI Kubang Pasu: 30hb Julai, PASTI Negeri Kedah telah menganjurkan Uji Bakat PASTI Peringkat Negeri Kedah.Berbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan nasyid,amali solat, bercerita, hafazan doa, hafazan surah dan sebagainya. Adik Mohamad Alawi Abu Bakar ( PASTI Lubuk Kawah ) yang mewakili PASTI Kubang Pasu telah menjadi Johan bagi pertandingan Hafazan Surah.