Surat
kepada BPR
Berkaitan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatan Ketua Menteri
Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam oleh
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 04.01.2006.
Badan
Pencegah Rasuah (BPR),
Tingkat 2 & 3, Bangunan B.C. Lim,
04hb Januari
2006.
No. 102, Jalan Taming Sari,
Peti Surat 6000, 75400 Melaka.
DENGAN
TANGAN
Tuan,
Laporan
Ke Atas Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin
Mohd Rustam Berkaitan Tabung Misteri Kebajikan Kesihatannya
Sebanyak RM 908,242.33 Sejak 19.12.2001 Yang Disalahgunakan
Untuk Membiayai Kos Rawatan Hospital Ahli Keluarganya.
Saya
ingin membuat laporan kepada BPR terhadap Ketua Menteri Melaka
YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam berkaitan tabung
misteri kebajikan kesihatannya sebanyak RM 908,242.33 sejak
19.12.2001 yang disalahgunakan untuk membiayai kos rawatan
hospital ahli keluarganya. Ini merupakan lapuran pertama ke
atas pentadbiran YAB tahun ini dan yang kelima sejak 2004.
YAB
Ketua Menteri Melaka telah mendirikan satu Tabung Kebajikan
peribadi di atas nama peribadinya sendiri demi membolehkan
bantuan kewangan dihulurkan kepada pesakit miskin dan
berkeperluan untuk kos dan perbelanjaan hospital dan
perubatan. Adalah difahamkan sejak 19.12.2001 bila RM 5,000
dimasukkan, sebanyak RM 908,242.33 telah dimasukkan dan
digunakan sehingga 31 Mac 2005 iaitu:-
·
RM 122,950 pada tahun 2001/2002;
·
RM 286,000 dalam tahun 2003
·
RM 449,292.33 dalam tahun 2004; dan
·
RM 50,000 setakat 31 Mac 2005.
Sumber
wang Tabung misteri ini berasal dari UMNO Negeri Melaka
sebanyak RM 368,283.82 dan bakinya sebanyak RM 539,958.51
adalah diperolehi daripada derma orang awam yang dipungut oleh
YAB Ketua Menteri Melaka. YAB Ketua Menteri mendakwa di
suratkhabar berkali-kali bahawa Tabung ini diselenggarakan
oleh Southern Hospital (kini digelarkan Hospital Putra) untuk
membolehkan orang awam yang miskin memohon bantuan kewangan
perubatan baik di hospital swasta atau kerajaan.
Akan
tetapi siasatan ke atas maklumat yang diperolehi oleh pihak
saya bahawa sepanjang tiga tahun Tabung misteri ini
berorperasi, lebih daripada RM 590,000 (65%) digunakan
untuk orang kaya bergelar Datuk-datuk dan ahli keluarga YAB
Ketua Menteri Melaka sendiri. RM 365,000 atau 40% digunakan
untuk ahli keluarga YAB Ketua Menteri sendiri termasuk isteri,
anak-anak, abang ipar, mak mertua, kakak dan allayaharmah
emaknya.
Manakala
RM 225,000 atau 25% digunakan untuk pesakit bergelar datuk
ataupun isteri datuk. Amat menghairankan mengapa ahli keluarga
seperti isteri dan anak perlu mengambil kesempatan dalam
tabung misteri ini dan menafikan hak orang miskin bila rawatan
perubatan memang diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada
ahli keluarganya selaras dengan kedudukannya sebagai YAB Ketua
Menteri Melaka.
Isu ini ada hubungkait dengan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dan berkepentingan awam kerana
melibatkan tiga perkara penting:-
a)
Sumber wang adalah daripada orang awam dan dikutip atas
matlamat murni membantu orang miskin dan golongan tidak
berada;
b)
Bantuan wang tidak dihulurkan semua kepada orang miskin
dan golongan tidak berada sebaliknya kepada golongan berada
bergelar Datuk dan ahli keluarga YAB Ketua Menteri Melaka
sendiri; dan
c)
Tidak ada sebarang pengumuman awam bahawa pesakit
miskin boleh memohon bantuan atau kriteria kelayakannya
sehingga orang awam hanya tahu tentang tabung misterinya
selepas tiga tahun didirikan bila didedahkan saya.
Tabung
Kebajikan peribadi bermisteri ini diberikan kepada ahli
keluarganya dan orang kenamaan yang sepatutnya tidak layak
menerima bantuan perubatan. Adalah menghairankan mengapa ahli
keluarga YAB termasuk isteri dan anak sendiri perlu
menggunakan wang yang dikutip daripada Tabung Kebajikan
Kesihatan yang dikutip daripada UMNO Melaka dan wang orang
awam bila mereka berhak menerima rawatan percuma daripada
hospital kerajaan.
Perbuatan
oleh seorang pegawai badan awam, yang melibatkan wakil rakyat
dan ahli pentadbiran, menggunakan wang awam yang dikutip atas
tujuan membantu orang miskin telah menyalahi
peruntukan-peruntukan 10 hingga 15 dalam Akta Pencegahan
Rasuah 1997, khususnya seksyen 15. Seperti yang sedia
dimaklumkan oleh BPR, kesalahan sedemikian boleh dihukum
penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak
lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada 50
kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara
kesalahan atau RM 10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi
dibawah seksyen 16.
Memandangkan
40% Tabung misteri awam ini diberikan kepada ahli keluarganya
YAB Ketua Menteri Melaka bercanggahan dengan matlamat
penubuhannya merupakan satu penyalahgunaan kuasa tertakluk di
bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Dokumen-dokumen
berkaitan dengan akaun kewangan dan penerima Tabung Kebajikan
Kesihatan YAB adalah disertakan bersama. Sekian terima kasih.
Yang
benar,
LIM
GUAN ENG
SETIAUSAHA-AGUNG