Make your own free website on Tripod.com

 

 
   
 
 

59 tahun Umno perintah: Islam diperlekehkan, tidak dibela


"Sepanjang 59 tahun pemerintahan Umno di negara ini, Islam semakin tidak terbela malah ada usaha-usaha memperlekehkan hukum Islam dan sengaja mengenepikan baberapa perkara penting dalam agama semakin hari semakin jelas," demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Dr Haron Din.

Mengulas tentang perubahan yang berlaku dalam Umno terutama dalam perkara melibatkan agama, Haron Din berkata, Islam semakin diketepikan dan menunjukkan umno tidak begitu memperjuangkan agama.

Tambahnya, bukan sahaja hukum-hukum utama dan undang-undang asas untuk menjaga lima tujuan syarak menurut agama, akal, nyawa, maruah dan keturunan serta harta benda, bahkan ia langsung tidak diberi perhatian malah sampai kepada peringkat nasihat fatwa daripada mufti telah diabaikan dan dipertikaikan.

Melihat Umno sebagai sesebuah parti yang kebetulan mendapat kuasa dan kepercayaan rakyat kerana kejayaan mereka menuntut kemerdekaan, beliau berkata, orang Melayu seluruhnya meletakkan harapan yang tinggi kepada Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu dengan harapan yang besar.

"Setelah sekian lama Umno diberi kuasa sampailah sekarang 59 tahun, telah banyak disalahgunakan kerajaan terutama pembelaan terhadap Islam.

"Pada saya Umno ada beberapa kemajuan tetapi tidak sepadan dengan tarikh dan masa yang begitu panjang iaitu 59 tahun dengan penghayatan Islam yang diperolehinya," kata beliau.

Merujuk kepada kepentingan bangsa Melayu, Haron Din berkata, umum mengetahui bahawa Umno membela dan mengutamakan kelompok tertentu sahaja untuk dapatkan habuan daripada kekayaan negara dengan mengenepikan atau menafikan hak majoriti bangsa Melayu yang rata-rata jauh ketinggalan di bidang ekonomi, pendidikan dan lain-lain. - SH/mks.